Jejaka dambaan hati

Inilah jejaka yang perlu di cari..
Di dalam sebuah hadis
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “Pada hari
kiamat nanti, di hadapan Allah
s.w.t tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang
lebih tinggi daripada al-Quran,
bukan nabi, bukan malaikat
dan sebagainya. ”
Melalui hadis di atas kita dapat
mengetahui bahawa al-Quran
adalah pemberi syafaat yang
mana syafaatnya akan di
terima Allah. Terdapat satu
riwayat menyatakan bahawa
apabila seseorang meninggal
dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara
pengkebumian, seorang yang
kacak akan berdiri di bahagian
kepalanya. Apabila mayat itu
dikafankan, orang itu akan
datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang
ramai termasuklah ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan
pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat
mungkar dan nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak
itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan
mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa
sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu
akan berkata: “Dia adalah
kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya
berseorangan walau dalam
keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi
aku tidak akan
meninggalkannya sehingga
aku membawanya ke syurga!”
selepas itu, dia berpaling ke
arah mayat sahabatnya dan
berkata: “Akulah al-Quran
yang mana engkau telah
membacanya kadangkala
dengan suara perlahan dan
kadangkala dengan suara
yang kuat. ” “Janganlah engkau
bimbang. Selepas pertanyaan
mungkar dan nakir ini, engkau
tidak akan berasa dukacita
lagi. ”
Bila pertanyaan selesai, orang
yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-
malaikat dari syurga.
Alangkah indahnya dan
bahagianya sekiranya orang
itu adalah kita. Kita tahu
tentang tingginya syafaat al-
Quran, tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati
dan merebut syafaat itu, kita
adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak
diri kita sendiri. Ajal dan maut
adalah ketentuan Allah. Bila ia
telah datang kita tidak akan
mampu akan
memperlambatkan atau
mempercepatkannya
walaupun untuk tempoh
sesaat. Dan apabila berada di
alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan
kecuali amalan-amalan kita
sewaktu didunia. Allah telah
menjadikan al-Quran sebagai
pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar.
Wallahua ’lam.
selawat~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...