Kualiti Diri

Ketulusana
Ketulusan di tempat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dibodohi atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutar-belitkan fakta. Prinsipnya "Ya di atas Ya dan Tidak diatas Tidak". Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang boleh merugikan diri sendiri.
Kerendahan Hati
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendah hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Dia mampu membuat orang yang di atasnya merasa selesa dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipinggir.
Murah Hati
Kemurahan hati sudah menjadi 'barang antik' dan sangat tinggi harganya. Zaman sekarang sungguh susah mencari orang yang murah hati yang bersedia menolong orang-orang di sekitarnya dengan tulus tidak memikirkan keuntungan peribadi atas bantuan yang diberikan Tidak diragukan lagi, orang yang murah hati akan dicintai dan memiliki banyak sahabat
Positive Thinking
Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
Keceriaan
Kerana tidak semua orang dikurniakan wajah ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang mampu menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mampu mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.
Kebesaran Jiwa
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.
Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi orang lain.Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.


© Kimo

KENANGAN PAHIT MANIS MEMBAWA KEINDAHAN KELUARGAKU

20.2.2010-21.2.2010…
Tajuk pun dah gempak ni..hehehe. Ni kisah ku semasa kelurga ku melawat aku untuk kali perDUA di KL,masa kali pertama mase kelurga aku hantar masa mula stady dulu..ni kali kedua lak.. same tu aku baru sem 2 masa tu pun umur pun baru 18 tahun lagi. Kenangan ni memang aku tak boleh lupa..
Pada mulanya ,tujuan ibu dan ayah aku datang ni sebab nak pergi kenduri maklang sinah di Gombak. Kalau tak di sebab ni pun takda la die orang nak datang pun ka....
Ibu cakap, ibu dengan ayah datang ni pun sebab nak jumpe kakak kalau tak pun ibu tak datang kenduri tu.
Pada 20.2.2010 hari sabtu tiba la saat yang di nanti-nanti untuk berjumpe family aku yang agak lame tak jumpe ni. Rasa seronok mesti la ada kan. Masa tu aku kene pergi pasar seni sebab ibu dengan ayah nak ambik aku kat sana. Aku pun pergi la dengan baju kurung aku putih ada bunge pink dengan tudung warna putih, sebab aku tak de tudung warne lain sebab tu aku pakai tubung tu...naik bas macam biasa la dari kota damansara ke pasar seni.. RM2 je kene masa tu rapit tak naik harge lagi.. Dah sampi tu.. aku cari la mana tempat die orang tunggu aku tu.. lama jugak la aku carik die orang entah mana entah aku melilau sebab aku ni mane la taw pun area sini..baru nak belajarlah kate kan.. rupe-rupe ye die orang tunggu kat area bustan klang tu ha... masa tu ade la sekali adik-adik aku yang tak de along aku je..die tak ade cuti..die pun stady kat institut pertanian kat kluang, johor. Kat belakang kereta ayah aku ade pakgah satu keluarga (1 kereta) die pun sekali nak pergi kenduri tu.
Mula perjalaan kami semua untuk ke gombak.. kelakar sebab kami semua tersesat cari jalan tak jumpe-jumpe..sampai RM6.10 habis kat tol je.. salah masuk sampai masuk tol kota damansara ..ibu cakap baik kita amik kakak umah tak payah die turun pudu kalau taw kita masuk sini..
Petang tu habis kenduri ayah cakap nak tidur KL jadi kite orang tidur la kat hotel ni name ye..Kuala Lumpur Internasional Hotel..
Malam tu kite orang jalan-jalan kat KL kite orang g KLCC just pusing je pastu pergi KLtower kite orang tengok pameran F1 .. kita orang tak jadi naik atas kat view section tu..nak masuk kene bayar RM38 dewasa RM28 kanak-kanak.. ayah kate tak payah nanti lari bajet adik aku merajuk-merajuk sebab tak dapat naik kesian die.. kite orang tak pe sebab pernah naik kat situ mase KLtower tu mule-mule bukak mase tu tak kene bayar pun.. aku pn kecik lagi mase tu dalam darjah 1 kot..tapi still boleh egat la macam mane..keadaan kat atas tu..ha..
Makan malam tu, kita orang makan kat depan bangunan Sogo. Ayah parking kereta kat belakang. Dah siap makan , kereta lak wat hal boleh lak rosak kan.. kami pun adik beradik tolak la kereta tu sampai boleh start.. yang aku geram tu kan tak de orang pun tolong kami mase tu sedang kan orang ramai kat situ... macam ni ke orang KL tak de rase simpati..boleh je tengok je...sedang kan yang tolak tu semua perempuan.. memang aku terkilan dengan sikap orang-orang kat situ.. bile difikir kan balik geram pn ade jugak.. sabar je la...dah tak de orang nak hulur kan bantuan nak buat macam mane kan.. aku tengok ayah dan ibu dah risau gile kalau la kereta ni tak nak start macam mane la kan..kesian aku tengok dieorang...aku pun risau juga..macam mane la kan.......alhamdulilah nasip baik la kereta tu boleh start..
Dah lepas tu kita orang pon jalan-jalan kat chowkit. Tak de beli ape-ape pun just tengok-tengok je.
Dah balik hotel, malam tu aku tak boleh tidur.. macam biase la.. sebab ye aku ni tak teh kene air-con
Nanti selesema..aku tengok ayah dengan ibu lena je..adik aku pon same..lena ye aku tengok die orang tidur yang aku ni tak dapat tidur pun.
Pagi 21.2.2010 hari ahad, tu ibu dengaan ayah je turun pergi breakfrast sebab ade 2 je kopon ye.. jadi ibu ganayah beli makan kat luar la untuk aku gan adik aku.kami pon cek-out kul 12. Kami jalan-jalan ka the mall, tahde ape pon.
Pastu ayah kate nak hantar aku balik kat damansara balik.. boleh lak sesat jalan..dah ayah ajak pergi putrajaya sebab dah terlajak.
Putrajaya, ade lak expo hari belia, ayah sempat beli koleksi keris dan pisau die.. ayah memang suke bende-bende macam tu...die ni minat pergi expedisi.. sebab tu kami sume lasak macam die, Ayah suke bawak kite orang pergi travel macam tu la...seronok pergi meredah.
Dah tu hantar aku balik lak, ikut highway.
Aku rasa seronok sangat...nanti bile aku dah kerja..nanti aku nak bawak die orang jalan-jalan pulak...
Walau pun kenangan ni tak seberapa pada pandangan orang lain..tapi cerita ni aku akan egat sampai bila-bila...kenangan yang ada pahit manis..bersama keluarga aku..
Disini aku dapat lihat pergorbanan die orang yang penuh dengan kasih sayang untuk buat anak-anak die orang gembira..kakak SAYANG IBU DAN AYAH sangat-sangat..
Ini lah cerita kami
Kenangan aku tulis kat tisu hotel tu...dan aku simpan sampai sekang dan akan kekat di hati aku..
© Kimo

I Love Myself Affirmation



~I LOVE MYSELF AFFIRMATION-LOUISE HAY~
Deep at the centre of my being,
there is an infinite well of love.
I now allow this love to flow to the surface.
It fills my heart, my body, my mind, my consciousness,
my very being, and radiates out from me in all directions
and returns to me multiplied.
The more love I use and give, the more I have to give.
The supply is endless.
The use of love makes me feel good,
it is an expression of my inner joy.
I love myself;
therefore, I take loving care of my body.
I lovingly feed it nourishing foods and beverages,
I lovingly groom it and dress it, and my body lovingly
responds to me with vibrant health and energy.
I love myself; therefore provide for myself
a comfortable home, one that fills
all my needs and is a pleasure to be in.
I fill the rooms with the vibration of love
so that all who enter, myself included,
will feel this love and be nourished by it.
I love myself; therefore I work at a job I truly enjoy
doing, one that uses my creative talents and abilities,
working with and for people I love and who love me,
and earning a good income.
I love myself; therefore, I behave and think in a loving
way to all people for I know that that which I give out
returns to me multiplied.
I only attract loving people in my world,
for they are a mirror of what I am.
I love myself; therefore I forgive and totally release
the past and all past experiences and I am free.
I love myself; therefore I live totally in the now,
experiencing each moment as good and knowing that
my future is bright and joyous and secure,
for I am a beloved child of the Universe
and the Universe lovingly takes care of me
now and forever more.
And so it is.
© Kimo
How will you LOVE yourself today???

Sabarlah Wahai Hati



Sabarlah duhai hati…

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.


Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.


P/S PDH : Ujian mematangkan kita, ditimpa pada kita kerna kita mampu menanganinya.
© Kimo

Rama-Rama dan Wanita


“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.
Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.


Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.


Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan.


Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan.

Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

P/S PDH : Ratuku rama-rama terindah pandanganku..
© Kimo

Wanita Itu Cantik & Istimewa




Allah berfirman:”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “


“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan.”
“Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada.”



P/S PDH : Setiap lelaki ingin mencari wanita canti, begitu juga PDH. Ini yang PDH faham tentang wanita cantik.

Wanita cantik ialah
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi…”

Ya Allah…walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia,cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH.
© Kimo

Siapa Wanita Cantik?




Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
P/S PDH : Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!
© Kimo

Cinta Sejati Langit Dan Laut




Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

P/S PDH : Jika tercipta dia untuk dirimu, pasti akan dicambahkan kasih dan ditemukan juga dua jiwa walaupun seisi alam menghalang, namun jika tidak pasti bercerai kasih juga akhirnya. Sesungguhnya suratan Allah itu lebih Maha Teliti perancangaNYA.
© Kimo

sem 5 subject

musculaskeletal
ortopedic
geriatric
ophthalmology
otorhinolaryngology
neurological
endocrine
emergency and intensive
mental health

© Kimo

NURSING course..


meh...sini dengar cite ni...cakap pasal nursing..
bagi sape yang berminat nak amik course nursing...satu hari nati...
kalo nk aply..kat kerajaan punye g kat SPA8...
kalo nk masuk swasta punye pn boleh...tapi pasti kan college tu betul2 berkualiti..
cume perlu minat yang tinggi ....tak boleh separuh jalan je nak belajar....
klo tak mnat jangan la amik course ni....
kalo takut darah saye pn takut darah kalo dah banyak sangat..hehe

course ni selama 3 tahun untuk diploma
belajar dia memang memcabar...setiap sem ada praktikal..
nati kita akan belajar mengenai penyakit...tpi tak de la belajar macam dokter..klo dokter die belajar lebih mendalam..nursing ni pn cume basic je....itu pun susah kalo tak belajar betul2...
dengan medical term ye...memang la nak kene igat..
name2 ubat ye la...
kalo nak cakap pasal buku...memang banyak la..tebal2 lagi..
satu sem pon ade 5-7 subjek....
backup la subjek tu dalam mase 6 bulan..
nursng lebih kepada tindakan perawatan ..
dah cukup 3 tahun belajar nati ade exam LEMBAGA KEJURAWATAN MALAYSIA..
itu untuk lesen kejururawatan... kalo tak lulus tak boleh jad staf nurse la...
kalo nak taw lebih lanjut tanye lah orang yang ledih arif...
tapi memang seronok...ilmu ni kita boleh guna untuk keluarga malah diri kita sendiri..
jadi memang tak rugi pun kalo ambik course..
masa kita kecik ..orang tua cakap dah besar nati jadi lah dokter ke, lawyer ke, engineer ke, architect ke,.... tapi sekang boleh pasang citer2 nak jadi nurse..
nurse ni professional work taw....
same macam polis, askar sebab ni kerja beruniform...SUCI lagi color putih...la..

ingat::: tiada benda yang senang sebelum senang..ok...



© Kimo


tentang SAYA...


hai....hari ni rase macam nk kenal kan diri lak....
mmm.... name saye NUR NADZIRAH...(hurup besar lagi tu...hehehe)
ic _________ umor __ tahun status s_ngle..
mase kecik2 kawan2 pangil saye ninoi..sampai sekang lekat g name tu tpi cume kawan mase kecik2 je la dengan cousin2 sebelah keluarga ibu je....
sekang orang pangil saye ni NAD (name glamor)...name tu orang start pangil mase from 4 mase kat sekolah teknik..
sekang tengah stady lagi kat Mahsa universiti ..kat jalan unuversiti,petaling jaya.. amik couse nursing...sekang dh tahun final tahun ketiga...pasni leh jadi nurse la...insaallah
tu je lak kot...klo nk taw g tye la....
tak ada apa yang menarik pun tentang die saya ni...saya ni orang simpel..tak cerewat..kawan saya cakap saye ni de perasaan (bukan la kejam sampai bunuh orang).. macam malas nak amik port pasal orang lain..tak kesah ape orang nak ckap ape pasal saya... saya malas nk amik kesah...biar la...nati die benti gak kan..
saye ni cerewat sikit pasal kebersihan klo sebab ni memang saye leh naik agin... sampi bergadoh la gn budak umh....(meyampah betul)..perkare tu menang pantang btul la dlam hidup saya niii....
ape lagi ekk....
mmm.....
saye suke kumpul sweter (baju sejuk)...x taw la kenape..
orang cakap sye ni pendiam...huhuhu(malu lah pulak..hehehe)..memang betul pn...bukan pediam tapi tak tau nak cakap ape...orang lain ade cerite.. die leh cakap pasal bf die...saye ni mane ade bf nk di cerite kan... dan saye rase tak ade ape yang nk cerite kan pon...betul tak....
mood..biase la perempan kn...(mood berubah2)...heheheh

© Kimo

Kata Hikmah Tentang Kehidupan


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan yang telah ramai karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.????
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

© Kimo

Find out your Korean Name!!


I. Surname : Korean surname is the
last number in your year of birth.
0: Park
1: Kim
2: Shin
3: Choi
4: Song
5: Kang
6: Han
7: Lee
8: Sung
9: Jung
II. Middle name : is your month of birth.
1: Yong
2: Ji
3: Je
4: Hye
5: Dong
6: Sang
7: Ha
8: Hyo
9: Soo
10: Eun
11: Hyun
12: Rae
III. Name : is your date of birth.
1: Hwa
2: Woo
3: Joon
4: Hee
5: Kyo
6: Kyung
7: Wook
8: Jin
9: Jae
10: Hoon
11: Ra
12: Bin
13: Sun
14: Ri
15: Soo
16: Rim
17: Ah
18: Ae
19: Neul
20: Mun
21: In
22: Mi
23: Ki
24: Sang
25: Byung
26: Seok
27: Gun
28: Yoo
29: Sup
30: Won
31: Sub
The names might be good or weird .. but still let's have fun !!! ^_^
© Kimo

saya tak CANTIK !!!!


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya
tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya
tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya
tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana
saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...