10 tips elak pergaduhan


Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan ?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.....

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda



Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah punmenarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya


Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinyaorang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

KEMULIAAN SABAR



Dalam kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim Anas bin Malik pernah menuturkan bahwa: Rasulullah SAW pernah suatu kali lewat di sebelah seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya. Beliau berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak merasakan musibah yang aku alami.”Ketika Rasulullah SAW sudah berlalu dari situ barulah ada sahabat berujar kepada wanita itu, bahwa orang yang barusan menasihatinya adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutnya wanita itu, bahwa orang yang barusan menasihatinya itu adalah Rasulullah SAW. Cepat-cepatlah dia pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri diambang pintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, aku tadi tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.” Rasulullah SAW bersabda, “Kesabaran itu berlaku pada awal goncangan/musibah.” Dalam sebuah redaksi pada hentakan pertama.
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kesabaran itu berkalu pada goncangan pertama.” Serupa dengan sabda Rasulullah SAW, “Bukanlah disebut orang kuat, orang yang berkelahi secara tangguh. Akan tetapi orang kuat adalah dia yang bisa menahan diri di waktu marah.”
Karena datangnya musibah secara tiba-tiba biasanya menancapkan pengaruh luar biasa sehingga bisa menggoncangkan hati. Dengan kesabaran pada waktu goncangan pertama, orang akan bisa membendung kedahsyatan dan kekuatan musibah itu, sehingga musibah itu tidak ada artinya lagi baginya dengan adanya kesabaran tersebut. Sebab biasanya musibah yang datang menerjang, bisa menggoyahkan hati yang tidak siap, inilah yang dinamakan dengan goncangan pertama dalam hadis di atas.
Akan tetapi, ketika musibah itu datang lagi, dia sudah tidak kaget dan menyadari bahwa dia harus bersabar. Sehingga di sini kesabaran tidak jauh beda dengan kesabaran karena keterpaksaan. Wanita di atas ketika mengetahui bahwa kesedihannya sama sekali tidak ada manfaatnya, barulah dia datang menemui Rasulullah SAW untuk minta maaf. Seakan-akan dia mau berkata kepada Rasulullah SAW: “Aku sekarang telah sabar”. Namun hal ini dijawab oleh Rasulullah SAW “Sesungguhnya kesabaran itu berlaku pada goncangan pertama.”
Pengertian yang sama juga terkandung dalam hadis riwayat Sa’id bin Zarabi dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah yang bercerita:
Suatu hari Rasulullah SAW lewat di sebelah seorang wanita yang sedang bersimpuh di hadapan sebuah kuburan sambil meratap. Rasulullah SAW berkata padanya: “Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan sabarlah.”
“Engkau tidak tahu sialnya nasibku,” jawab wanita itu. Rasulullah SAW berkata lagi: “Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan bersabarlah.”
“Wahai hamba Allah kalau engkau mengalami musibah sepertiku, maka pasti akan merintih seperti aku,” kata wanita itu. Rasulullah SAW berkata: “Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” “Wahai hamba Allah engkau telah mengetahui jawabanku, sekarang pergilah dari hadapanku,” tukas wanita itu.
Rasulullah SAW pun berlalu dari situ. Setelah itu ada seorang sahabat yang datang menemui wanita itu dan bertanya: “Apa yang kamu katakan padanya tadi?” Wanita itu menceritakan bahwa dia berkata kepada laki-laki itu demikian demikian, dan jawabannya adalah demikian demikian. Sahabat itu bertanya kepadanya “Apakah engkau tahu siapa laki-laki yang datang tadi?” “Tidak,” jawabnya. “Dia adalah Rasulullah SAW,” kata sahabat itu.
Abu Hurairah menceritakan, lantas wanita itu terhenyak dari kesedihannya dan langsung pergi dari situ untuk menjumpai Rasulullah SAW. Ketika bertemu, dia berkata “Wahai Rasulullah, aku sekarang sudah sabar.” Rasulullah SAW menjawab “Kesabaran itu berlaku dalam goncangan pertama, kesabaran itu berlaku dalam goncangan pertama.”
Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan dari Bisyr bin al Walid, dari Shalih al-Kindi bin Malik, dari Sa’id bin Zarabi yang menyebutkan hadis di atas. Penuturan itu semakin memperjelas makna dan kandungan hadis di atas. Abu ‘Ubaid berkata: “Makna hadis ini adalah bahwa setiap orang yang kena musibah, maka bentengnya adalah kesabaran. Akan tetapi dia bisa mendapatkan pujian dari Allah atas kesabarannya ketika musibah itu sedang berada dalam keadaan yang dahsyat dan Bagi saya, dalam hadis ini terkandung beberapa hikmah:
Pertama, kewajiban sabar atas segala musibah merupakan sebuah ketakwaan di mana hamba diperintahkan untuk melakukan hal itu.
Kedua, perintah pada kebaikan dan larangan dari keburukan (amar ma’ruf nahi munkar). Dan bahwa dahsyatnya musibah tidak menghalanginya untuk mengerjakan perintah Allah dan menghindari larangan-Nya.
Ketiga, selalu mengulang pelaksanaan perintah Allah dan menghindari larangan-Nya sehingga kemudian dia bisa sampai kepada Allah.
Keempat, hadis ini bisa dijadikan hujjah tentang bolehnya wanita berziarah ke kuburan. Karena Rasulullah SAW tidak melarang ziarah wanita itu. Beliau hanya memerintah kannya untuk bersabar. Kalau saja ziarah itu haram, niscaya beliau pasti akan menandaskannya.
Rasulullah SAW telah memerintahkan wanita itu untuk bertakwa kepada Allah dan sabar. Beliau tidak melarangnya menziarahi kuburan. Hadis ini membantah pihak yang melarang ziarah dan menangisi kematian. Ini diperkuat lagi dengan fakta bahwa setelah mengetahui bahwa perintah itu datang dari seseorang yang wajib ditaati, maka dia cepat berlalu dari situ dan minta maaf kepada Rasulullah SAW.
Ada yang menyanggah: Abu Hurairah masuk Islam pada tahun ketujuh hijrah. Jawabannya: Abu Hurairah tidak menyatakan bahwa dia menyaksikan langsung kisah ini. Hadis ini tidak menunjukkan bahwa dia mengetahuinya setelah masuk Islam. Kalaupun dia menyaksikan peristiwa ini, namun tidak bertabrakan dengan larangan Rasulullah SAW atas wanita yang menziarahi kubur. Karena laknat Rasulullah SAW terhadap para wanita penziarah kubur dan orang-orang yang memugar kuburan menjadi masjid barulah terjadi setelah kasus ini, tepatnya setelah Rasulullah SAW mengalami sakit dan berujung pada wafatnya.
Rasulullah SAW tidak memperkenalkan diri terhadap wanita yang terguncang hatinya dan tidak bisa menguasai dirinya itu. Karena beliau ingin memperlihatkan kasih sayangnya terhadap wanita itu. Kalau saja Rasulullah SAW pada waktu itu mengenalkan dirinya, niscaya wanita yang lagi kalut itu tidak akan mendengarkan nasehat Rasulullah SAW dan akhirnya dia akan rusak.
Artinya, maksiat wanita itu adalah karena tidak tahu bahwa orang itu adalah Rasulullah SAW menilainya lebih ringan, daripada maksiatnya ketika dia tahu bahwa orang itu adalah Rasulullah SAW. Ini adalah salah satu keagungan sifat Rasulullah SAW.
Dalam kitab Shahih Muslim terdapat sebuah hadis dari Ummu Salamah yang berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa musibah dan dia mengatakan seperti perintah Allah: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali pada-Nya. Wahai Allah, berikanlah pahala padaku dalam musibahku ini dan wariskanlah padaku kebaikan dalam musibah ini,” kecuali Allah akan memberikan ganti padanya sesuatu yang jauh lebih baik baginya.”
*Kemuliaan Sabar dan Keagungan Syukur*
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah

Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.





Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Aku Benci Kau!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak lagi panjang usianya. Syukur Alhamdulillah.

Anda pernah menyimpan dendam, marah, benci terhadap seseorang? Rasa teraniaya dengan perbuatan seseorang. Pernah terdetik di hati; "Aku benci kau!"?

Saya pernah dan masih mempunyai sikap seperti itu. Alhamdulillah, saya masih mampu mengawal sifat mazmumah itu daripada terus menguasai diri ini.

Saya akui, kita mempunyai rasa ego yang sangat tinggi. Kita rasakan diri kita betul dan tidak membuat silap. Kita juga cenderung menyimpan rasa marah dan benci terhadap seseorang Kita semua adalah manusia biasa yang sentiasa alpa dan melakukan khilaf.

Mari kita muhasabah diri kita dahulu sebelum kita bertindak untuk memutuskan hubungan dengan orang kita rasa sudah melakukan kesalahan kepada kita.

Fikir dahulu sebelum menghamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati pihak lain. Selidik kebenarana sebelum menjatuhkan hukuman.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.” (Al-Hujurat: 6)

Andai kita teraniaya, Allah pasti akan membela kita. Tidak perlu canang kepada satu dunia yang kita di pihak benar. Allah tahu apa yang kita buat dan Allah pasti akan memberi balasan yang terbaik kepada kita jika kita bersabar. Allah sayangkan hambanya yang bersabar.

“Dan Allah mencintai orang yang sabar.” (Ali Imran: 146) “Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Ibu saya pernah berpesan kepada saya suatu ketika dahulu dan saya masih ingat lagi sampai sekarang.

“Jangan pernah rasa diri kita ini bagus, terbaik, orang lain sahaja yang salah dan kita pula sentiasa betul. Ada orang yang lebih baik, hebat daripada kita. Sebelum berkata-kata, muhasabah diri dulu. Jaga adab, jaga perilaku.

Ayuh kita muhasabah diri kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...