Mengenangkan nasib Diri ..





Moga anda semua sentiasa berada dalam
kedamaian,ketenangan disamping teman-teman,keluarga dan insan
tercinta.Indah kan hidup ini jika kita memliki semuanya itu,kasih
sayang serta perhubungan insan,walau pun semua itu di pinjamkan
kepada kita untuk sementara,namun jika kita tahu menggunakan nya
dengan betul,maka itu lah nikmat hidup didunia yg di di berikan allah
kepada kita.Tapi sebaliknya jika kita leka pula dengan semuanya
itu,maka nikmat dunia tersebut akan bertukar menjadi satu beban di
akhirat nanti.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar
dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah
iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan
dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan
keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda
lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau
pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas
rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-
ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan
jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata
yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

"Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus
ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman
mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk
kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan
kamu akan menyesal apabila dia beralih arah. "

23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupa



1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbara
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram

SAHABAT-KAWAN-DAN-LAWAN



Sepanjang kehidupan kita bakal bertemu dengan ramai orang. Mereka datang pelbagai bentuk dan rupa, hitam putih, tinggi rendah, kurus gemuk dan cantik hodoh.

Mungkin secara puratanya kita bertemu atau berkenalan dengan lebih dari 100 orang setahun. Mereka yang kita temui ini sebenarnya mempunyai klasifikasi yang berbeza. Ada yang hanya kita temui sekali dalam kehidupan dan kemudiannya tidak bertemu lagi. Ada yang kita temui itu hanyalah melalui perbualan di gagang telefon. Ada yang menjadi kawan, kawan baik, adik angkat, kakak angkat, sahabat, kekasih dan sebagainya tak kurang juga yang menjadi musuh. Cuba anda ingatkan kembali semasa anda bersekolah rendah dahulu, berapa ramaikah yang masih lagi anda hubungi? Saya percaya mungkin hanya tinggal seorang dua sahaja ke saat ini kerana mereka telahpun mengambil haluan masing-masing dan kita sendiri tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini.

Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang    mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi saya percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat.

Sukar juga untuk saya mencari definasi sahabat dalam bahasa Inggeris. Friend bermakna kawan, good friend pula bermakna kawan baik, best friend membawa makna kawan karib. Mungkin definasi sahabat yang paling dekat dalam bahasa Inggeris  ialah “fellow”. Semasa saya di Amerika dahulu, Orang Pakistan, orang kulit hitam dan putih yang beragama Islam bila bertemu dengan orang Islam yang lain mereka akan menggunakan perkataan “brother” yang membawa maksud adik atau abang atau saudara seagama. Ini dapat dilihat satu masa dahulu di zaman Rasullullah S.A.W. yang mana saudara seislam dikasihi dan saudara kandung yang bukan Islam diperangi. 

Dalam hal ini, kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan. Lawan dah sememangnyalah lawan. Apapun klasifikasinya mereka tetap merupakan aset bagi kita samaada dalam bentuk teladan, pemangkin atau pemberi iktibar.

Di dalam puisi sebelum ini sahabat adalah orang yang akan membantu kita di masa kesusahan, mempercayai kita pada setiap ketika, amanah, rendah hati, mendoakan kejayaan kita dan pelbagai lagi nilai yang murni. Sahabat sebegini akan membantu anda dengan ikhlas tanpa mengenakan bayaran, kawan pula adakalanya akan membantu anda tetapi meminta balasan. Seorang sahabat pula selalunya akan dapat mengenali siapa kawannya, lawannya mahupun sahabatnya yang lain. Mungkin lebih mudah mencari seorang sahabat di masjid-masjid.

Salah satu ciri utama seorang sahabat ialah seorang sahabat yang baik akan menegur kesilapan yang kita buat. Kadang-kadang ada seseorang yang menegur kesilapan kita tetapi kita memberikan reaksi negatif lalu terus membenci mereka. Dalam hal ini kita sepatutnya menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan melakukan perubahan sekiranya perlu tentang kesilapan yang kita lakukan itu. Inilah salah satu lagi tanda yang kawan anda itu mempunyai nilai-nilai seorang sahabat. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri, perhubungan yang baik mesti ada tegur menegur yang membina tapi bukannya pertengkaran. 

Dalam kisah Nabi pula, sahabat nabi Abu Bakar mendapat gelaran As Siddiq yang membawa maksud “yang membenarkan” kerana beliau mempercayai cerita Nabi Muhammad naik ke langit semasa Israq Misraj sedangkan orang lain tidak mempercayainya.

Katalah di dalam sebuah kelas Nani tertinggalkan hand phone yang mahal dan seorang Pengawal nampak Ros adalah orang terakhir yang meninggalkan kelas tersebut. Pengawal itu menuduh Ros yang mengambil hand phone itu kerana beliau orang terakhir yang meninggalkan kelas itu. Sekiranya Ros mempunyai sifat seorang kawan anda mungkin akan berkata ada kemungkinan Ros yang mengambilnya tetapi sekiranya Ros mempunyai nilai seorang sahabat yang tahu hand phone itu bukan haknya dan tak mahu mengotorkan jiwa dengan membuat dosa maka anda pasti akan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang dikenakan pada Ros. Inilah antara perbezaan antara kawan dengan sahabat yang boleh saya simpulkan.

Mengetahui klasifikasi antara kawan, sahabat dan lawan akan dapat membantu anda mengelakkan permasalahan yang bersifat perhubungan dengan sahabat handai. Mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat akan mendapat isteri yang baik dan taat kepada suaminya manakala mereka yang mempunyai ramai sahabat pula akan dapat menjalankan kehidupan dengan baik dengan sokongan padu lagi berterusan dari mereka-mereka yang bergelar sahabat ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...